Hubungi Kami

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Kaunter Perkhidmatan e-Filing
Untuk kemudahan pembayar cukai, LHDNM telah menyediakan Kaunter Perkhidmatan e-Filing di setiap Cawangan LHDNM  seluruh negara. Di setiap Kaunter Perkhidmatan e-Filing, kemudahan talian internet disediakan  untuk penghantaran e-B/e-BE. Perkhidmatan pengeluaran nombor  PIN e-Filing serta bantuan pengisian e-borang juga disediakan secara percuma kepada pembayar cukai. Sila hubungi Cawangan LHDNM yang terdekat untuk memperolehi maklumat lanjut tentang waktu operasi dan lokasi Kaunter Perkhidmatan e-Filing berhampiran anda.

Kaunter Perkhimatan e-Filing di Pusat Khidmat Pelanggan Pandan Indah

Kaunter Perkhidmatan e-Filing di Pusat Khidmat Pelanggan Pandan Indah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dari 21 April hingga 30 April 2009 di lokasi di bawah:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Khidmat Pelanggan
Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur

 
Perkhidmatan e-mel

Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon anda semasa menghubungi kami melalui e-mel.

Makluman: Permohonan Nombor PIN e-Filing bagi borang BE (Individu tiada punca pendapatan perniagaan) melalui e-mel.

Bagi membolehkan permohonan tuan/puan diproses dan dihantar sebelum 30 April 2009, semua permohonan nombor PIN e-Filing melalui e-mel di atas perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 25.04.2009. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak dapat dipenuhi.

Sebarang permohonan yang dibuat selepas tarikh di atas perlu dikemukakan di Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Permohonan nombor PIN melalui e mel pin@hasil.gov.my, perlu disertakan dengan:
1. No.Rujukan Cukai
2. Alamat terkini
3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
4. No telefon.

Perkhidmatan Telefon
Sila nyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon anda semasa  menghubungi kami melalui telefon.

Waktu perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 5.30 petang

Perkhidmatan telefon Pusat Khidmat Pelanggan Pandan Indah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam dari 21 April hingga 30 April 2009. Bagi hari Sabtu dan Ahad, 26 dan 27 April 2009, waktu perkhidmatan adalah dari jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam.

Waktu Puncak Perkhidmatan Telefon di Pusat Khidmat Pelanggan Untuk memudahkan urusan tuan/puan, adalah dimaklumkan bahawa waktu puncak bagi perkhidmatan talian telefon Pusat Khidmat Pelanggan adalah mulai jam     10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2 petang hingga 4.30 petang.

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan pada waktu puncak yang dinyatakan di atas, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM untuk mendapatkan bantuan.

Talian telefon Pusat Khidmat Pelanggan adalah seperti dibawah;

Talian Bebas Tol   1-300-88-3010   
  Tekan 1 (B. Malaysia) 
  Tekan 2 (B. Inggeris)
  Seterusnya   
  Tekan 3 (e-Filing)
Bantuan e-Filing 03-42893535
Antarabangsa + 603-42893500

Adalah dimaklumkan, dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami, setiap perbualan telefon akan dirakam untuk tujuan pengawalan kualiti dan latihan.