e-FILING FAQ 2009

PERISIAN
1) Apakah perisian yang perlu untuk menggunakan e-Filing?
2) Apakah perkakasan yang perlu untuk menggunakan e-Filing?

SISTEM e-FILING
1) Apa itu e-Filing?
2) Adakah semua orang perlu e-Filing?
3) Bagaimanakah proses sistem e-Filing?
4) Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing?
5) Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar borang e-Filing?

SIJIL DIGITAL
1) Apakah itu Sijil Digital?
2) Apakah kegunaan Sijil Digital?
3) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Sijil Digital?
4) Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital?
5) Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat pemohonan Sijil Digital?
6) Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital?
7) Mengapakah saya tidak dapat muat turunkan Sijil Digital ke MyKad?
8) Bilakah Sijil Digital saya akan luput?
9) Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput?
10) Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital?
11) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital?
12) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimanakah saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang?
13) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital?
14) Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia?
15) Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat?

RALAT
? RALAT SEMASA MENDAFTAR SIJIL DIGITAL
? RALAT SEMASA MENUKAR KATA LALUAN
? RALAT SEMASA LOGIN e-BORANG
? RALAT SEMASA MENGISI BORANG
? RALAT SEMASA MEMBUAT SEMAKAN PENGESAHAN
? RALAT MYKAD


PERISIAN
Apakah perisian yang perlu untuk menggunakan e-Filing?
? Sistem Operasi -Microsoft Windows 2000, XP, Vista (Service pack terkini),
Linux dan Macintosh.
? Pelayar Web -Perisian Internet Explorer 6.0 dan ke atas, Mozilla Firefox ,
Netscape, Opera dan Safari.
? Perisian Adobe Reader untuk melihat Panduan Penggunaan Sistem e-Filing.


PERKAKASAN
Apakah perkakasan yang perlu untuk menggunakan e-Filing?
? Set Komputer (Pentium III dan ke atas)
? Talian Internet (Keutamaan berkelajuan 512Kbps keatas)
? MyKad dengan cip 64K (Pengguna Sijil Digital MyKad)
? Pembaca Kad Pintar (Pengguna Sijil Digital MyKad)


SISTEM e-FILING
Apa itu e-Filing?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan LHDNM
secara elektronik melalui Internet.


Adakah semua orang perlu e-Filing?
Adalah digalakkan kepada pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana
ianya Mudah, Cepat dan Selamat.


Bagaimanakah proses sistem e-Filing?
Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital:
? Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di
laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
? Semak Sijil Digital
? Login e-Borang - Isi borang dengan lengkap.
? Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
? Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital:
? Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di
laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
? Login Kali Pertama ? Daftar Sijil Digital.
? Login e-Borang - Isi borang dengan lengkap.
? Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
? Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing?
Untuk pertanyaan dan bantuan:
? Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010
? Faks ke nombor : 03-4289 3400
? E-mel: callcentre@hasil.gov.my
? Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar borang e-Filing?
? Cetak dan simpan - e-Borang
? Cetak dan simpan - Pengesahan penerimaan borang.

SIJIL DIGITAL
Apakah itu Sijil Digital?
? Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad
pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau
membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat
serta melakukan transaksi secara dalam talian.

Apakah kegunaan Sijil Digital?
? Sijil Digital digunakan untuk mengesah kesahihan capaian pengguna untuk
menggunakan e-Filing dan menandatangani secara dalam talian Borang Nyata
Cukai Pendapatan. Sijil Digital yang dikeluarkan oleh Digicert Sdn Bhd adalah
sah disisi Undang-Undang Siber Malaysia dibawah Akta Tandatangan Digital
1997.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Sijil Digital?
? Sila rujuk kepada langkah-langkah pendaftaran Sijil Digital di https://e.hasil.gov.my.
Kepada pembayar cukai LHDNM, anda boleh memilih dua jenis Sijil Digital iaitu :-
1. Sijil Digital yang disimpan di dalam Roaming Server yang lebih dikenali sebagai Sijil Digital (Roaming).
? Dapatkan No. PIN e-Filing anda pada borang nyata cukai pendapatan yang
dihantar melalui POS atau daripada mana-mana kaunter LHDNM berdekatan.
? Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my)
? Login Kali Pertama untuk mendaftar Sijil Digital.

2. Sijil Digital yang disimpan di dalam Mykad lebih dikenali Sijil Digital (Mykad).
? Dapatkan No. PIN e-Filing anda pada borang nyata cukai pendapatan yang
dihantar melalui POS atau daripada mana-mana kaunter LHDNM berdekatan.
? Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.gov.my)
? Klik pada Ikon Mykad
? Login Kali Pertama untuk mendaftar dan muat turun Sijil Digital kedalam Mykad.

Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital?
? Sijil Digital digunakan untuk mengesahkan kesahihan capaian pengguna
untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara digital Borang
Nyata Cukai Pendapatan anda.

Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat pemohonan Sijil Digital?
? Anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan.

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital?
? Sijil Digital ini adalah percuma kepada semua pembayar cukai LHDNM.

Mengapakah saya tidak dapat muat turunkan Sijil Digital ke MyKad?
? MyKad yang boleh menyokong penggunaan Sijil Digital adalah MyKad yang
mempunyai 64K. Untuk memastikan MyKad anda adalah 64K, anda bolehlah
merujuk dibahagian belakang MyKad anda. Sekiranya MyKad anda adalah
32K anda perlulah menukarkan MyKad anda di Kaunter Pejabat Pendaftaran
yang berdekatan dengan anda.

Bilakah Sijil Digital saya akan luput?
? Sijil Digital bagi aplikasi LHDNM e-Filing adalah sah bagi tempoh 3 tahun dari
tarikh Sijil Digital dimuat turun.

Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput?
Ya, anda perlu memohon Sijil Digital yang baru sekiranya anda ingin
menggunakan e-Filing. Kaedah pemohonan adalah seperti kaedah
pemohonan anda yang pertama.

Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital?
Anda boleh melihat tarikh luput Sijil Digital anda dengan menyemak Sijil
Digital anda di laman web e-Hasil.

pakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital?
? Untuk pengguna Sijil Digital (Roaming). sila ke laman web (https://e.hasil.gov.my) dan klik
Terlupa Kata Laluan. Untuk set semula Kata Laluan Baru, anda perlu ingat
Petunjuk Kata Laluan dan Jawapan.
? Untuk pengguna MyKad, sila ke laman web (https://e.hasil.gov.my) dan klik
Penyenggaraan Sijil Digital ? MyKad dan klik Terlupa Kata Laluan. Untuk set
semula Kata Laluan Baru, anda perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan Jawapan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan dan petunjuk kata laluan?
? Sekiranya anda terlupa kata laluan dan petunjuk kata laluan, anda perlulah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010

Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimanakah saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang?
? Sila ke menu semakan pengesahan di (https://e.hasil.gov.my), masukan No. Pengenalan dan password.

Apakah bukti yang menunjukan borang yang dihantar telah di terima oleh LHDNM?
? Setelah penghantaran dibuat semakan pengesahan akan dipaparkan. Sila buat cetakan dan simpan pengesahan tersebut sebagai bukti
borang telah dihantar dan diterima oleh LHDNM.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital?
? Sila laporkan kepada khidmat bantuan pelanggan kami melalui
? Surat-menyurat ke alamat:
Digicert Sdn. Bhd.
No. 3-20 & 3-22,
Jalan 14/155B Aked Esplanad,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
? alamat emel di customercare@digicert.com.my
? talian di 603 8992 8888.
? Kemudian, Sijil Digital anda akan dibatalkan dan anda perlu memohon Sijil
Digital yang baru.

Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia?
? Setelah pihak Digicert mendapat laporan berserta bukti bahawa pemilik Sijil
Digital telah meninggal dunia, pihak Digicert akan membatalkan Sijil Digital beliau.

Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat?
? Dokumen yang dilindungi dengan teknologi PKI (Public Key Infrastructure)
mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau
dipecahkan. Pelopor teknologi PKI iaitu Rivest Shamir Aldeman (RSA)
menyatakan bahawa untuk memecahkan kekunci 1024 bit ianya memerlukan
masa selama 3,000,000 tahun. Jadi buat masa ini, ia adalah hampir mustahil
untuk dipecahkan.

RALAT SEMASA MENDAFTAR SIJIL DIGITAL
Saya dapat ?NO. PIN ATAU NO. PENGENALAN TIDAK SAH, PASTIKAN NO. PIN ATAU NO. PENGENALAN ANDA SAH?
? Sila pastikan No. PIN atau No. Pengenalan yang anda masukkan adalah sama
dengan pada borang nyata cukai pendapatan anda.

Sistem memaparkan mesej “(1000 hingga 1011) - PEMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DI PROSES. SILA CUBA SEBENTAR LAGI”
• Penjanaan Sijil Digital gagal kerana terdapat masalah teknikal pada bahagian pemprosesan Sijil Digital. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan, No. Rujukan Cukai serta No. PIN.

Sistem memaparkan mesej “(1012) - SESI TAMAT TEMPOH. SILA CUBA SEMULA ”
• Penjanaan Sijil Digital gagal kerana sesi tamat tempoh. Sila cuba semula.

Sistem memaparkan mesej “(1013) - TERDAPAT MASALAH KOMUNIKASI DALAM TALIAN. SILA HUBUNGI PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ”
• Penjanaan Sijil Digital gagal kerana terdapat masalah dalam talian. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan, No. Rujukan Cukai serta No. PIN.

RALAT SEMASA LOGIN e-BORANG
Sistem memaparkan mesej ? SIJIL DIGITAL TELAH DIBATALKAN?
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang
hendak di hantar.

Sistem memaparkan mesej ?TERDAPAT MASALAH SEMASA MELAKUKAN PROSES INI.SILA HUBUNGI CAWANGAN LHDNM BERDEKATAN?.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang
hendak di hantar.

Sistem memaparkan mesej ?MASALAH ID PENGGUNA ATAU KATA LALUAN TIDAK SAH?.
? Sila pastikan kata laluan anda di isi dengan betul dan semak sama ada anda mengunakan huruf kecil atau besar ketika mengisi kata
laluan tersebut.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar.

Sistem memaparkan mesej ?ANDA TIDAK DI BENARKAN MASUK. SILA KE CAWANGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI YANG BERDEKATAN?.
? Kata laluan anda telah di sekat Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar untuk membolehkan kata laluan anda di reset.

Sistem memaparkan mesej ?NO. PENGENALAN ATAU KATA LALUAN TIDAK TEPAT?.
? Sila pastikan kata laluan anda di isi dengan betul dan semak sama ada anda mengunakan huruf kecil atau besar ketika mengisi kata
laluan tersebut.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang
hendak di hantar.

RALAT SEMASA MEMBUAT SEMAKAN PENGESAHAN

Sistem memaparkan mesej ?TIADA REKOD PENERIMAAN MELALUI e-FILING?.
? Mesej ini di paparkan oleh sistem kerana pembayar cukai tidak menghantar borang cukai atau pembayar cukai tidak mengemaskini No.
Pengenalan
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar.

RALAT SEMASA MENUKAR KATA LALUAN

Sistem memaparkan mesej ?MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA. SILA CUBA SEBENTAR LAGI?.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang hendak di hantar.

Sistem memaparkan mesej ?KATA LALUAN ANDA TIDAK DAPAT DITUKAR BUAT SEMENTARA WAKTU. SILA CUBA SEKALI LAGI?.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang
hendak di hantar.

Sistem memaparkan mesej ?TERDAPAT MASALAH SEMASA MELAKUKAN PROSES INI. SILA HUBUNGI PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ATAU CAWANGAN LHDNM YANG BERDEKATAN?.
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010 dan nyatakan butir-butir diri seperti No. Pengenalan dan jenis borang yang
hendak di hantar.

RALAT MyKAD

Bagaimana saya boleh tahu berapa kali saya telah memasukki PIN/kata
laluan yang salah?

? Sila ke Start -> All Programs -> LHDNM -> MyKad Client Kit -> Periksa
MyKad.

Sijil Digital saya tidak dipaparkan apabila saya ingin menandatangani
Borang.

? Sila keluarkan MyKad anda dari pembaca kad dan masukkan sekali lagi.
Pastikan icon kekunci di system tray berkelip-kelip apabila anda memasukkan
MyKad. Pastikan sijil digital terdapat di Internet Explorer melalui Tools-
>Internet Options->Content->Certificates sebelum menandatangani Borang

RALAT SEMASA MENGISI BORANG

Sesi anda tidak dapat diteruskan
1) Buka IE -> klik pada Tools -> Internet Options




2) Klik pada tab Security -> pilih internet -> custom level


3) Pilih setting Medium -> Klik OK


Sesi tamat tempoh

? Masa pengisian setiap muka diperuntukkan selama 10 minit. Skrin peringatan seperti dibawah akan dipaparkan 20 saat
sebelum masa tersebut tamat.
? Klik OK untuk teruskan pengisian borang. Sekiranya tidak masa akan tamat secara automatik.
? Sekiranya tidak ada sebarang aktiviti ke server selama 10 minit dan skrin peringatan tidak dipaparkan,
sila ikuti langkah berikut :-
1) Buka browser
2) Klik pada Tools -> Pop-up Blocker ->Turn Off Pop-up Blocker



Apabila setting pop-up Blocker telah ditukar setting Pop-up Blocker akan menjadi seperti berikut :-

e-Borang mengalami masalah teknikal
? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
? Nyatakan perkara berikut :-
i) No. Pengenalan
ii) Jenis Borang
iii) Proses yang sedang dibuat sebelum ralat tersebut dipaparkan