e - F i l i n g
Login Kali Pertama
Login e-Borang
Demo  
Muat Turun Borang
   C & R 2006
Muat Turun Semula Sijil Digital
   / Terlupa Kata Laluan
e - B a y a r a n
e-Bayaran melalui FPX
Demo
B a n t u a n
Panduan Pengguna e-Filing
e-Filing FAQ     
e-Bayaran FAQ
e-Filing FAQ

PERISIAN
PERKAKASAN
e-FILING
SIJIL DIGITAL

RALAT SEMASA MUAT TURUN SIJIL DIGITAL
RALAT SELEPAS MUAT TURUN SIJIL DIGITAL
MyKAD
ActiveX CONTROL



PERISIAN

Apakah perisian yang perlu untuk menggunakan e-Filing?

  • Pentium III dan ke atas
  • Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini),
    Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
  • Perisian Internet Explorer 6.0 dan ke atas
  • Perisian Adobe Reader 7.0.5 untuk melihat Panduan Penggunaan Sistem e-Filing

PERKAKASAN

Apakah perkakasan yang perlu untuk menggunakan e-Filing?

  • Komputer dan talian Internet
  • MyKad dengan cip 64K (pengguna MyKad)
  • Pembaca Kad Pintar (pengguna MyKad)

e-FILING
Apa yang perlu saya ada untuk e-Filing?

Apa itu e-Filing?

  • e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

Apakah perbezaan e-Filing dengan e-Filling?
  • e-Filling adalah pembayar cukai perlu mengisi borang dengan lengkap, cetak, tandatangan dan menghantar secara manual ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Adakah semua orang perlu e-Filing?
  • Adalah digalakkan pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana mudah, cepat dan selamat.

Apa yang perlu saya ada untuk e-Filing?
  • No. PIN (dihantar melalui POS pada penyata cukai pendapatan atau pada Kuanter LHDN berdekatan.
  • Sijil Digital (diberi percuma)
  • Nombor rujukan cukai pendapatan
  • Komputer dan talian Internet
  • Perisian Internet Explorer 5.0 dan ke atas
  • Perisian Adobe Reader 7.0.5 dan ke atas
  • MyKad dengan cip 64K (pengguna MyKad)
  • Pembaca Kad Pintar (pengguna MyKad)

Bagaimanakah proses e-Filing?
  • Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.org.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.org.my)
  • Muat turun (download) Borang Nyata Cukai Pendapatan
  • Isi borang dengan lengkap
  • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara online.
  • Cetak pengesahan penerimaan

Bagaimanakah saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing?

Untuk pertanyaan dan bantuan:

  • Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010
  • Faks ke nombor : 03-4289 3400
  • E-mel: callcentre@hasil.org.my
  • Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar borang e-Filing?

Cetak dan simpan pengesahan penerimaan borang.


SIJIL DIGITAL
Bilakah Sijil Digital saya akan luput?
Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital saya luput?
Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital saya?
Maklumat apa yang terkandung di dalam Sijil Digital saya?
Adakah saya perlu memohon Sijil Digital sebelum saya muat turunkan borang e-Filing?
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital saya?
Pelayar apakah yang menyokong penggunaan Sijil Digital DIGICERT Sdn Bhd
Bolehkah seseorang mencuri Sijil Digital saya?
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital saya?
Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia?
Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat?

Apakah itu Sijil Digital?
  • Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan atau MyKad dan juga kad-kad seperti lessen memandu, kad keahlian, pasport dan sebagainya. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat secara online.

Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan Sijil Digital?
  • Sila rujuk kepada langkah-langkah pendaftaran Sijil Digital di https://e.hasil.org.my.
    Bagi pembayar cukai LHDNM, anda boleh memilih dua jenis Sijil Digital iaitu
  • Sijil Digital yang disimpan di komputer yang lebih dikenali sebagai Softcert
  • Dapatkan Slip Pendaftaran Sijil Digital dari kaunter LHDNM
  • Lawati laman web e-Hasil.
  • Daftar Sijil Digital
  • Muat turun Sijil Digital ke komputer
  • Sijil Digital yang disimpan di dalam MyKad
  • Lawati laman web e-Hasil.
  • Daftar Sijil Digital
  • Muat turun Sijil Digital ke dalam MyKad

Mengapa saya perlu memohon Sijil Digital?
  • Sijil Digital digunakan untuk mengesahkan kesahihan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani secara digital Borang Nyata Cukai Pendapatan anda.  

Apakah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat pemohonan Sijil Digital?
  • Anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan.

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi memohon Sijil Digital?
  • Sijil Digital ini adalah percuma bagi pembayar cukai LHDNM.

Mengapakah saya tidak dapat muat turunkan Sijil Digital ke MyKad?
  • MyKad yang boleh menyokong penggunaan Sijil Digital adalah MyKad yang mempunyai 64K. Untuk memastikan MyKad anda adalah 64K, anda bolehlah merujuk dibahagian belakang MyKad anda. Sekiranya MyKad anda adalah 32K anda perlulah menukarkan MyKad anda di Kaunter Pejabat Pendaftaran yang berdekatan dengan anda.

Bilakah Sijil Digital saya akan luput?
  • Sijil Digital bagi aplikasi LHDNM e-Filing adalah sah bagi tempoh 3 tahun dari tarikh Sijil Digital dimuat turun.
Perlukah saya memohon Sijil Digital yang baru apabila Sijil Digital luput?
  • Ya, anda perlu memohon Sijil Digital yang baru sekiranya anda ingin menggunakan e-Filing. Kaedah pemohonan adalah seperti kaedah pemohonan anda yang pertama.

Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh luput Sijil Digital?
  • Anda boleh melihat tarikh luput Sijil Digital anda di Internet Explorer (I.E) melalui Tools -> Internet Options -> Content -> Certificates. Tarikh itu adalah dalam format BB/HH/TTTT. Contohnya 02/28/2009

Maklumat apa yang terkandung di dalam Sijil Digital saya?
  • Sijil Digital anda mengandungi maklumat seperti Nama dan Nombor Kad Pengenalan/Pasport. Anda boleh melihat Sijil Digital anda di Internet Explorer (I.E.) melalui Tools -> Internet Options -> Content -> Certificates.

Adakah saya perlu memohon Sijil Digital sebelum muat turun borang e-Filing?
  • Tidak perlu, anda boleh muat turun borang e-Filing dahulu dan kemudian memohon Sijil Digital untuk tandatangan dan menghantar borang secara online.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan bagi Sijil Digital?

Pelayar apakah yang menyokong penggunaan Sijil Digital DIGICERT Sdn Bhd
  • Buat masa ini, kami hanya menyokong Internet Explorer (I.E.) versi 5.0 dan ke atas.

Bolehkah seseorang mencuri Sijil Digital saya?
  • Bagi pengguna Softcert.Ya, jika pencuri tersebut boleh mengakses komputer anda dan mengetahui kata laluan Sijil Digital anda. Sijil Digital Softcert ini juga boleh di eksport ke medium lain.
  • Bagi pengguna MyKad. Ya, jika pencuri tersebut mendapat MyKad anda dan juga kata laluan bagi Sijil Digital anda. Namun begitu, Sijil Digital ini tidak boleh disalin/dikeluarkan/dimuat turunkan ke medium lain.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya telah dicuri/hilang/rosak, apakah akan terjadi pada Sijil Digital?
  • Sila laporkan kepada khidmat bantuan pelanggan kami melalui
  • Surat-menyurat ke alamat:
DIGICERT Sdn Bhd,
Lot 2-1, Enterprise 1,
Technology Park Malaysia,
57000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
  • alamat emel di customercare@digicert.com.my
  • talian di 03-89962600.
  • Kemudian, Sijil Digital anda akan dibatalkan dan anda perlu memohon Sijil Digital yang baru.

Apakah akan terjadi kepada Sijil Digital sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia?
  • Setelah pihak Digicert mendapat laporan berserta bukti bahawa pemilik Sijil Digital telah meninggal dunia, pihak Digicert akan membatalkan Sijil Digital beliau.

Adakah teknologi Sijil Digital ini selamat?
  • Dokumen yang dilindungi dengan teknologi PKI (Public Key Infrastructure) mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan. Pelopor teknologi PKI iaitu Rivest Shamir Aldeman (RSA) menyatakan bahawa untuk memecahkan kekunci 1024 bit ianya memerlukan masa selama 3,000,000 tahun. Jadi buat masa ini, ia adalah hampir mustahil untuk dipecahkan.


RALAT SEMASA MUAT TURUN SIJIL DIGITAL
Saya dapat “ANDA SUDAH MUAT TURUN SIJIL DIGITAL SEBELUM INI SILA PERGI KE MUAT TURUN SEMULA”
Bekalan elektrik terputus apabila saya sedang muat turun sijil digital, bagaimana saya boleh menyambung proses muat turun?
Saya dapat “The error 80090019 occurred. Your Certificate request could not be generated”


Saya dapat “NO. PIN TIDAK SAH SILA PASTIKAN NO. PIN ANDA SAH”.

  • Sila pastikan No. PIN yang anda masukkan adalah sama dengan No. PIN yang telah dihantar melalui kepada anda pada borang cukai pendapatan 2006, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di Tel:1-300-88-3010 atau callcentre@hasil.org.my untuk mendapatkan No Rujukan anda.

Saya dapat “NO. PENGENALAN TIDAK SAH”.
  • Sila pastikan No. Pengenalan anda adalah betul seperti pada Kad Pengenalan anda.

Saya dapat “ANDA SUDAH MUAT TURUN SIJIL DIGITAL SEBELUM INI SILA PERGI KE MUAT TURUN SEMULA”
  • Ini bermaksud sebelum ini anda telahpun memuat turun Sijil Digital ke komputer anda.

Saya dapat “Proses Telah batal
  • Ini adalah kerana anda telah membatalkan proses muat Turun Sijil Digital ke komputer anda. Untuk meneruskan proses muat turun sila pergi ke Muat Turun Semula/ Terlupa Kata Laluan.

Bekalan elektrik terputus apabila saya sedang muat turun sijil digital, bagaimana saya boleh menyambung proses muat turun?
  • Semak sama ada sijil digital anda berada di dalam Internet Options/ Content/ Certificate/ Personal Store. Jika tidak, sila ke https://e.hasil.org.my -> Penyenggaraan Sijil Digital -> Pemulihan Sijil Digitaluntuk meneruskan pemasangan Sijil Digital.

 

Saya dapat “The error 80090019 occurred. Your Certificate request could not be generated”

Pastikan keperluan minimum komputer anda adalah Windows 2000 atau Windows XP dengan Service Pack terkini.


RALAT SELEPAS MUAT TURUN SIJIL DIGITAL
Mengapakah apabila saya melihat Sijil Digital saya, ia menunjukkan “The certificate has expired or is not yet valid”?
Mengapakah apabila saya melihat Sijil Digital saya, ia menunjukkan “Windows does not have enough information to verify this certificate”?
Mengapakah apabila saya melihat backup/tandatangan borang, ia menunjukkan “Keyset does not exist”?

Mengapakah apabila saya melihat Sijil Digital saya, ia menunjukkan “The certificate has expired or is not yet valid”?
  • Terdapat dua (2) sebab Sijil Digital anda menunjukkan mesej tersebut:
    1. Pastikan masa computer anda adalah betul, jika perbezaan adalah beberapa saat atau minit, lihat semula Sijil Digital anda dalam masa tersebut.
    2. Sijil Digital anda telah luput.

Mengapakah apabila saya melihat Sijil Digital saya, ia menunjukkan “Windows does not have enough information to verify this certificate”?
  • Pastikan anda mempunyai Digicert Class 2 Root CA dan Digisign ID (Basic). Jika tidak, klik Digicert Class 2 Root CA, Digisign ID (Basic) dan Digisign Server ID untuk install Sijil Digital tersebut.
  • Langkah-langkah untuk install Sijil Digital tersebut adalah berikut:

    1. Klik Open
    2. Klik Install Certificate
    3. Klik Next
    4. Klik Next
    5. Klik Finish
    6. Klik OK


Mengapakah apabila saya melihat backup/tandatangan borang, ia menunjukkan “Keyset does not exist”?
  • Kekunci Pesendirian anda telah musnah. Sila dapatkan Sijil Digital yang baru. Pastikan anda telah membuang (delete) Sijil Digital yang lama sebelum muat turun Sijil Digital yang baru.


MyKAD
Bagaimana saya boleh tahu berapa kali saya telah memasukki PIN/kata laluan yang salah?
Sijil Digital saya tidak dipaparkan apabila saya ingin menandatangani Borang.


Bagaimana saya boleh tahu berapa kali saya telah memasukki PIN/kata laluan yang salah?

  • Sila ke Start -> All Programs -> LHDNM -> MyKad Client Kit -> Periksa MyKad.


Sijil Digital saya tidak dipaparkan apabila saya ingin menandatangani Borang.
  • Sila keluarkan MyKad anda dari pembaca kad dan masukkan sekali lagi. Pastikan icon kekunci di system tray berkelip-kelip apabila anda memasukkan MyKad. Pastikan sijil digital terdapat di Internet Explorer melalui Tools->Internet Options->Content->Certificates sebelum menandatangani Borang.

        

     

Apakah itu ActiveX Control
Apakah itu ActiveX?
Apakah yang dimaksudkan dengan ActiveX e-Filing?
Apakah kegunaan ActiveX e-Filing?
Bagaimana saya boleh dapatkan ActiveX e-Filing?
Bagaimana saya hendak membenarkan ActiveX e-Filing dipaparkan di komputer saya?
Sekiranya peringatan ActiveX e-Filing tidak dipaparkan di hadapan skrin komputer saya , apa yang perlu saya lakukan keatas Internet Explorer saya?
Bagaimana saya boleh tahu, ActiveX e-Filing telahpun terpasang ke komputer saya?
Saya tidak membenarkan sebarang pop-up pada komputer saya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan ActiveX kembali?
Jika ActiveX belum lagi dimuat turun ke komputer anda,perkara seperti berikut akan berlaku:


Apakah itu ActiveX?
ActiveX ialah teknologi yang dibina oleh Microsoft. Dengan menggunakan ActiveX-enabled browser (i.e. Internet Explorer sahaja), ia boleh dimuat turun sebagai sebahagian daripada document web dalam menambahkan fungsi pelayar internet.



Apakah yang dimaksudkan dengan ActiveX e-Filing?

  • Aplikasi Microsoft yang digunakan oleh DIGICERT untuk kegunaan e-Filing.

Apakah kegunaan ActiveX e-Filing?

  • Digunakan semasa anda ingin pasang dan memuat turun Sijil Digital ke komputer, muat turun semula Sijil Digital dan semasa Terlupa Kata Laluan anda.


Bagaimana saya boleh dapatkan ActiveX e-Filing?

  • Ia akan dipaparkan secara automatic dikomputer anda semasa anda melakukan proses seperti Muat Turun Sijil Digital dan Muat Turun Semula Sijil Digital.


Bagaimana saya hendak membenarkan ActiveX e-Filing dipaparkan di komputer saya?

  • Di Internet Explorer, Klik pada Tools menu, pilih Internet Options….
  • Pilih Security, danKlik pada Custom Level.
  • Scroll down , pilih “ActiveX Controls and Plug Ins” dan klik pada butang radio kepada “enable”
  • Klik OK, dan OK sekali lagi.


Sekiranya peringatan ActiveX e-Filing tidak dipaparkan di hadapan skrin komputer saya , apa yang perlu saya lakukan keatas Internet Explorer saya?

klik pada->Tools->Internet Options->Security-Internet
            ->Default  Level->Apply.



Bagaimana saya boleh tahu, ActiveX e-Filing telahpun terpasang ke komputer saya?

  • Anda boleh ke: Internet Explorer Only.

Klik pada -Tools>Manage Add-On>Enable and disable Add-On ->Select Download  ActiveX Controls



Saya tidak membenarkan sebarang pop-up pada komputer saya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan ActiveX kembali?

  • Untuk mendapatkan ActiveX kembali, sila ikuti arahan berikut:-

Klik pada Tools->Internet Options->Privacy->Pop-ups Blocker menu-Buangkan klik pada Block pop-ups->Apply.



Jika ActiveX belum lagi dimuat turun ke komputer anda,perkara seperti berikut akan berlaku:

  • Anda tidak boleh Login ke sistem e-Filing
  • Sistem tidak akan membenarkan anda menandatangani secara elektronik
  • Tiada Sijil Digital akan dimuat turun
  • Sistem akan memastikan pengguna memuat turun ActiveX dengan memberi peringatan di skrin komputer.
  • Sistem tidak akan membenarkan anda meneruskan proses memuat turun Sijil Digital dan memuat turun semula Sijil Digital.


 
 
Hakcipta Terpelihara 2007 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Paling sesuai dengan paparan resolusi 1024 x 768